Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Nama panjang...

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut. Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”. Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri). Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”. Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”. Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”. Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”. Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam. Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”. Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut. Berdirilah seorang murid dan menja

Release tension...

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free. Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password.. "Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas. "Yes boss?" "Sini wifi aper dia punya password?" "Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password