Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”. Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut. Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”. Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri). Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”. Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”. Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”. Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”. Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam. Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”. Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut. Berdirilah seorang murid dan menja...
Cerita lawak terkumpul dari seluruh dunia :)