Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : I...
Cerita lawak terkumpul dari seluruh dunia :)