Skip to main content

Sejarah Orang Tak Tau


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Polis / Police

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!! ------------------------------------------------------------- 3 people boarded motorcycles and were arrested by traffic police. But the motorcyclist did not stop. He said, ''No Load Tok, We've been three !!!

Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. -------------------------------------- Father: Why do you always get zero B.I...! Why? Son: Eh, father! That's not zero. Earlier, the teacher gave a lot of stars to other children. Some got 5 stars, some got 4 stars. When it was your turn, the stars were gone. That's why the teacher gave you the moon.

Tiru

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. Bapa: Apa bukti awak? Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu". ------------------------------------ Teacher: Sir, your son was found to have copied Ali in the exam. Father: What is your proof? Teacher: Sir, look at question number 4. Who discovered Penang? Seman wrote "I don't know" and your son wrote "If you don't know, I don't know either".