Skip to main content

3 Pengantin Baru (28 SX)

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.... ...

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan. ...

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut.... .......

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan. ....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Comments

Popular posts from this blog

Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa / A Huntman With A Lion

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.” Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…” ------------ A hunter collides with a lion. Surprised, he did not have time to lift his gun. No choice, the hunter held hands and prayed. As the hunter glanced over at the lion, he saw that the lion was also praying. Hunter: "Ah his leg ... the lion is good. Release me. "Lion:" Yes ... good lions always read the prayer before eating, amiiinn ... "

Mertua Vs Menantu

Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja. Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”. Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “...

Semut oh semut! [18SX]

Limah atau nama singkatannya Mah baru saja berumahtangga dgn suaminya Seman atas dasar pilihan keluarganya dan tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun Seman sengau orangnya, Mah tak kisah malah mereka begitu bahagia dan tiada sebarang masalah yg terlalu besar sama ada dari segi komunikasi, nafkah zahir atau pun batin. Cuma ada kalanya Limah tak dapat nak memahami apa yg suaminya cuba nak bagitau. Pada suatu malam Jumaat, mereka berdua bersetuju untuk membuka 'kaunter pembayaran nafkah batin'. Kali ini Seman agak letih sedikit disebabkan pd siangnya tadi dia pulun toreh getah sampai 10 ekar. Maka seman tidak mahu bekerja keras untuk sesi tersebut dan dia mengambil keputusan untuk berperanan sebagai 'org bawahan' sahaja. Setelah tiba waktu yg sesuai, Seman pun berbaring terlentang dan 'transaksi pembayaran' pun bermula. Nak dijadikan cerita, dalam masa urusan tersebut seekor semut api telah jatuh dari siling ke atas katil dan merayaplah sehingga terjumpa dgn dua...