Skip to main content

Esok baru Cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

Comments

Popular posts from this blog

Polis / Police

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!! ------------------------------------------------------------- 3 people boarded motorcycles and were arrested by traffic police. But the motorcyclist did not stop. He said, ''No Load Tok, We've been three !!!

Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah? Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan. -------------------------------------- Father: Why do you always get zero B.I...! Why? Son: Eh, father! That's not zero. Earlier, the teacher gave a lot of stars to other children. Some got 5 stars, some got 4 stars. When it was your turn, the stars were gone. That's why the teacher gave you the moon.

Mat yang jumpa cikgu!

 Kisah ini berlaku di sebuah sekolah, dalam kelas tingkatan 3A sewaktu mata pelajaran sejarah. Aisyah (cikgu yang bertugas) meminta MAT (salah seorang anak muridnya) untuk menjawab soalannya. CIKGU : MAT, di mana terletaknya negara Jepun? MAT     : Di sini cikgu, (sambil menunjuk pada peta) CIKGU : Bagus MAT. Sekarang, giliran kamu Hadi. Siapakah yang menjumpai negara Jepun? HADI   : MAT cikgu! (Jawab Hadi dengan penuh yakin)… P/s: Kelas yang tadi sunyi terus riuh-rendah dengan gelak ketawa.. Hahaha -------------------------- This story takes place in a school, in a Form 3A class during history class. Aisyah (the teacher on duty) asked MAT (one of her students) to answer her question. TEACHER: MAT, where is Japan? MAT: Here teacher, (pointing to the map) TEACHER: Good MAT. Now, it's your turn Hadi. Who discovered Japan? HADI: MAT teacher! (Hadi answered confidently)… P/s: The class that had been quiet just now was bursting with laughter.. Hahaha